yO! Assalammualaikum semUa bloGGerz and sTalkers~ tQ for visit mY blOg...plEasE eNjoy reading tHis bloG yA! ^__^

Pages

.:: Penilik bLog ::.

Sign by Danasoft - Get Your Sign

.::TemudUga esOk!!mAcam maNe nie?::.

yO! Assalamualaikum dan salam singgah korang semua....

wargH...!! esok temuduga laa..mcm mne nie ek?~menggelabah x tentu pasal lak aku nie (=.=')
Elek2..cOol man...cOol~ x payah nak kecoh2 k. Alaa...senang jea interview nie.Jangan laa nak mengelabah sgt kot yea pon~ Eh! kejap-kejap..nak tanyer sikit yang dok kecoh2 temuduga nie kenapa?? Bukannya aku dapat pOn temuduga perguruan tue eSok?~ hishhH...ade jugak yang makan penumbuk lesung nie kang!!

kLik bagi ketumbuhan..~eh! silap... tumbuhsaran =P

Hehe..sorry laa korang.Syok sendiri laa plak aku nie kan? biase laa...perangai manusia ade baik dan buruknya ~Erm..actually aku ade apply untuk masuk latihan perguruan lepasan SPM tahun nie tapi x dapat laa plak...=( xpe tahun depan ade lagikan? tapi cuak ar jugak sebab dalam temuduga untuk perguruan nie dia ade 3 peringkat...wAlaweh~ cikgu aku cakap sekarang temuduga die dah lain x mcm dulu2...skrang susah lagi dari dulu!! cuak aku jugak kalau aku dapat temuduga tue kan..eRm, sambung 3 peringkat temuduga perguruan nie..pertama ialah ujian bertulis iaitu menjawab 138 soalan atau lebih...ke-Dua plak ialah ujian berkomunikasi dalam kumpulan..dan terakhir ujian perseorangan.So...kepada calon2 yang nak pergi temuduga perguruan tue esok harap2 korang berjaya yea =)...

okey entry pada kali ialah pasal cara mengatasi situasi yang tidak di ingini semasa temuduga...Hah! entry ini sesuai laa kepada sesiapa yang nak pergi temuduga esok...hope korang dapat melepasi segala dugaan semasa interview tue yea....=)Jom kite terjah pasal nie...Zazzss~


Selepas resume dihantar untuk memohon sesuatu pekerjaan, pastinya sesi temuduga akan menyusul sebagai saringan sebelum permohonan pekerjaan yang dipohon diterima atau sebaliknya.
Sesi temuduga adalah proses paling penting ketika memohon pekerjaan kerana ketika ini majikan menilai potensi dan kebolehan calon serta inilah peluang keemasan calon untuk mempromosikan diri agar jawatan yang ditawarkan tidak terlepas ke tangan orang lain.
Ketika sesi temuduga, pelbagai reaksi yang dilalui calon yang kadang kala menjadi faktor mereka kehilangan jawatan yang dipohon walaupun mempunyai kelayakan yang menepati ciri-ciri yang ditetapkan oleh majikan.
Kebiasaannya, penyediaan resume yang terlalu panjang dengan pelbagai maklumat yang tidak berkaitan adalah salah satu faktor yang menyebabkan permohonan ditolak.
Sikap calon yang mengambil mudah ketika menghadiri sesi temuduga kerana yakin mampu memperoleh jawatan itu sehingga menganggap temuduga sekadar perbualan biasa juga mengundang risiko kepada calon.
Selain itu, kebanyakan calon akan berasa ‘seram sejuk’ apabila tiba masa untuk ditemuduga sehingga rasa gementar itu boleh mempengaruhi tumpuan menjawab soalan yang diajukan dengan baik.
Lebih memburukkan keadaan jika penemuduga seorang yang tidak mesra dan melayan calon dengan sikap kasar serta dingin.
Oleh itu, tips ini boleh dijadikan panduan kepada calon agar dapat mengelak daripada melakukan kesilapan sebelum dan sepanjang sesi temuduga.
Cuba elakkan resume yang terlalu panjang dengan pelbagai maklumat yang tidak berkaitan dan cukup hanya dengan dua muka surat tetapi maklumat di dalamnya ringkas dan padat.
Elemen lain yang perlu diberikan perhatian ialah ketepatan masa, etika pemakaian, penampilan dan kekemasan serta kesalahan kecil sepanjang proses temuduga.
Calon juga perlu berhati-hati mengeluarkan perkataan dan menjawab soalan yang diutarakan penemuduga kerana semuanya akan dinilai. Seeloknya, berfikir sebaik mungkin sebelum membalas percakapan penemuduga.
Bagi mengatasi penemuduga yang bersikap kasar pula, tips terbaik yang boleh dijadikan panduan kepada calon adalah dengan sentiasa berfikiran terbuka.
Calon boleh menganggap kemungkinan sikap kasar itu sebagai satu ujian daripada penemuduga sama ada calon itu mampu bekerja dalam tekanan kerja yang tinggi serta bijak berhadapan dengan orang yang pelbagai ragam.
Di samping itu, cara menjawab soalan yang diajukan dengan penuh yakin dan tidak terganggu walaupun berhadapan dengan situasi sukar dapat membantu penemuduga melihat calon sebagai seorang profesional, matang dan boleh diharap.
Calon juga boleh mengutarakan soalan yang mungkin boleh membantu menimbulkan semula minat penemuduga kepada sesi temu duga, jika penemuduga kelihatan bosan.
Selain itu, calon perlu mengekalkan sikap bersopan-santun sepanjang sesi temuduga biarpun diasak dengan komen yang kasar termasuklah ketika meninggalkan bilik temu duga.
Setiap penemuduga berbeza, oleh itu adalah baik jika calon dapat membuat persediaan berhadapan dengan pelbagai jenis sikap penemuduga terutama yang cerewet.
Latihan dapat membantu membina keyakinan dan menyediakan diri untuk berhadapan dengan sebarang situasi negatif dengan tenang adalah penting ketika berada dalam bilik temu duga.




__________________________________________________
-TERIMA KASIH DAUN KELADI, SUDAH BACA DATANG LAGI-
__________________________________________________

5 org Budak kecik dtg mai komEn sini ^__^:

aNa said...

semoga berjaya

Brother AShraf said...

haha...ana saya x dapat laa...nie pun first try nak masuk =(. Tak pe tahun ade lagi ....anway thanks komen sini =))

Anonymous said...

adeh , wany pun tak dapat jugak. -_-
hehe takut jugak kalau sampai bab interview ni

Ummu Qois said...

good luck..\\

follow me back ye
http://syamilahmawaddahazha.blogspot.com/

Brother AShraf said...

haha..ye ke wany?? xpe2 tahun depan cube try lagi k...kalau ade rezeki inshaallah =)~

syamilah: okey..thanks ya =)

Post a Comment

Followers

Jemput tengok mana2 berkenan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...